Selamat datang ke Kamus Melayu Hidup!

Forum ini adalah milik anda untuk membincangkan topik-topik bahasa, bertanya
soalan dan 'e-bertemu' ahli-ahli lain. Mulakan sekarang dengan memberi tahu kami siapa anda dan apa yang anda harapkan dari Kamus Hidup ini!

Komen

  • Selamat pagi dan Salam Sejahtera.
    Saya Zaitul Azma Zainon Hamzah, ialah pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Saya memiliki Sijil Perguruan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (1982), Ijazah Bacelor Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (1997), ijazah Master Sastera (2000), dan Doktor Falsafah (2002) dalam bidang semantik dan pragmatik. Seterusnya saya memperoleh Diploma Terjemahan pada tahun 2005. Pengalaman saya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah adalah selama 18 tahun dan kini mengajar bahasa Melayu di UPM.

  • Selamat pagi semua!

    Saya Intan Safinaz Zainudin dan saya pensyarah di Unit Bahasa Asing dan Terjemahan, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya mengajar kursus Terjemahan dan juga mengajar topik Leksikografi Dwibahasa untuk peringkat Sarjana.

  • telah mengedit November 2016

    Salam sejahtera!

    Saya Aiza Mohd, pengendali forum ini, dan juga Pengurus Bahasa bagi projek Kamus Hidup Oxford Bahasa Melayu. Saya mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Linguistik dan Bahasa Inggeris daripada University of Kent.

    Saya juga pengasas akaun Twitter HistoryofMalay. Tujuan HistoryofMalay adalah untuk menggalakkan orang awam, terutamanya orang muda, Malaysia membicarakan sejarah bahasa Melayu, tanpa mengirakan latar belakang pelajaran mereka. Projek ini mementingkan rujukan kepada sumber yang boleh dipercayai, dan pemaparan sumber yang digunakan bersama setiap fakta yang diterbitkan.

    Sasaran utamanya adalah untuk memupuk semangat minat sejarah dan hal-ehwal bahasa kita di kalangan golongan muda, dan juga untuk mengalu-alukan penutur bahasa lain untuk mendalamkan pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu. Kini ialah tahun kedua sejak pelancaran projek ini.

    Diharap bahawa kita boleh bekerjasama memajukan Kamus Hidup Oxford Bahasa Melayu. Saya amat berbesar hati atas peluang berbicara dengan anda semua.

Log masuk atau Daftar untuk memberi komen.