Ahli Bulanan Mac: Senarai terjemahan oleh arashi

Tahniah kepada ahli kami, arashi, atas pemilihan beliau sebagai Ahli Bulanan Mac 2017. Di bawah ialah senarai kesemua terjemahan yang disumbangkan oleh beliau kepada Kamus Hidup Oxford Bahasa Melayu.

Terjemahan arashi dari Inggeris ke Melayu sering melibatkan istilah teknologi, sains, hiburan dan media. Sejak mulanya pengahlian beliau di laman web kami hingga sekarang, beliau sudah menyumbangkan sebanyak 53 terjemahan kepada kamus kami, dan beliau merupakan salah satu daripada pengguna yang paling aktif di laman web kami.

Komenkan pendapat anda tentang terjemahan-terjemahan berikut!

  1. throwback = kenang(an) kembali
  2. viral = tular
  3. selfie = swafoto
  4. post = siar; menyiarkan
  5. sarcasm = perlian; sindiran
  6. time traveller = pengembara masa; perentas masa
  7. teleportation = teleportasi; rentas jarak
  8. esper = esper; manusia adikuasa
  9. meteor = meteor; tahi bintang; bintang jatuh; kelodan
  10. parallel universe = semesta selari
  11. terraform = merupa bumi
  12. black hole = lohong hitam
  13. big bang = letupan besar; ledakan angkasa
  14. homo futurus = manusia masa muka
  15. slider = perentas dimensi; manusia beza matra
  16. accomplice = rakan subahat
  17. bezel = baluh, bingkai
  18. ransomware = perisian tebusan
  19. infotainment = inforia
  20. patch = jujukan
  21. scroll = tatal; menatal
  22. survive = sintas; sinambung hidup
  23. comment thread = untaian komen
  24. downvote = bantah
  25. private browsing = pelayaran rahsia
  26. clickbait = umpan klik; pancing klik
  27. gameshow = candawara; lipur ria
  28. roadshow = jerayawara
  29. talkshow = bicarawara; rancangan temu bual
  30. variety show = anekawara
  31. landmark = mercu tanda
  32. stand-up comedy = komedi tunggal; lawakan tunggal; komediri
  33. fidget spinner = gasing tangan
  34. adware = perisian beriklan
  35. malware = perisian hasad
  36. debut = penampilan sulung
  37. immersive = meresap; menyelubung
  38. flagship = perdana; ulung
  39. finger food = makanan cekut
  40. posting = hantaran; kiriman; siaran
  41. repost = ulang siar
  42. killfie = swafoto maut
  43. child grooming = antun seksual kanak-kanak, rias seksual kanak-kanak
  44. photobomb = ganggu gambar
  45. sexting = hantar giur
  46. hang glider = peluncur gantung
  47. outbound training = latihan bina insan
  48. flying fox (zip-line) = luncur tali
  49. bungee jumping = terjun lelabah; terjun lenting
  50. trailer = treler, lori panjang pengangkut barang, sedutan (filem/drama)
  51. eargasme = telingasme, rasa puas yang memuncak ketika mendengar sesuatu yang merdu
  52. flash mob = kelompokan kilas
  53. flash mob = kerumunan kilas


Ingin menjadi Ahli Bulanan? Fahami cara menyumbangkan perkataan kepada kamus kami dan mulakan misi anda!

Log masuk atau Daftar untuk memberi komen.