Debat: Kata pinjaman Inggeris dalam Bahasa Melayu - sokong atau bantah?

Debat: Kata pinjaman Inggeris dalam Bahasa Melayu - sokong atau bantah?

"Grup" (kumpulan). "Fi" (yuran). "Eksesais" (senam).

Kata pinjaman Inggeris dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis:

  1. Yang tidak mempunyai terjemahan Melayu, cth. "televisyen", "bas" dan "komputer".
  2. Yang sudah ada terjemahan Melayu, cth. yang disenaraikan di atas.

Apa pendapat anda tentang kedua-dua jenis kata ini? Adakah pinjaman diperlukan untuk memajukan Bahasa Melayu, atau adakah sifat bergantung pada bahasa asing menurunkan martabat bahasa ibunda?

Sebuah butir sokongan bagi setiap pandangan:

  1. SOKONG: Bahasa Inggeris begitu maju kerana ia sentiasa meminjam daripada bahasa lain. Ia juga meminjam beberapa perkataan daripada Bahasa Melayu, cth. "orangutan", "cockatoo" (kakaktua), "run amok" (mengamok).

  2. BANTAH: Bahasa Jepun begitu maju kerana ia sentiasa menggunakan sumber linguistik sendiri untuk menamakan istilah baru, bukan bergantung pada perkataan bahasa lain untuk memperluaskan kosakata sendiri.

Mulakan debat! Siapa sokong dan siapa bantah?

Komen

  • Tak setuju. Hal ini kerana kita boleh mengambil perkataan dari kawasan sekitar Nusantara. Dalam hal bahasa Jepun, mereka mempunyai banyak istilah asing dari Jerman, Inggeris dan China. Kita tidak dapat mengenal pastinya kerana mereka menyebutnya menggunakan tulisan Jepun.
  • SOKONG : Jika tiada perkataan dalam bahasa melayu untuk menerangkan sesuatu perkara.

    BANTAH : Mengambil/meminjam sesuatu perkataan membabi buta tanpa menyemak dahulu samada sudah wujud ataupun tidak perkataan tersebut dalam bahasa melayu.

Log masuk atau Daftar untuk memberi komen.