Perkataan paling indah yang tidak dikenali

Di sini kami mengumpulkan beberapa perkataan Melayu yang sangat indah, namun tidak dikenali ramai. Jika anda ketahui perkataan lain yang layak memasuki senarai ini, sila komenkan.

  • sanubari [kata nama am]: jiwa
  • hadarah [kata nama am]: tamadun
  • harfiah [kata sifat]: literal / diambil secara literal
  • fatamorgana [kata nama am]: bayangan atau khayalan
  • ilmu bintang [kata nama am]: nama lama bagi 'astronomi'
  • panasaran [kata sifat]: ingin sangat akan sesuatu / sangat kecewa / sangat marah
  • alamiah [kata sifat]: semulajadi
  • duniawi [kata sifat]: keduniaan (tidak abadi) / terlalu leka dengan hal dunia
  • pancaroba [kata nama am]: pertukaran musim
  • dinihari [kata nama am]: waktu pagi buta, sebelum permulaan fajar

Ikuti penerbitan Perkataan Harian kami di laman web dan di laman Facebook.

Komen

Log masuk atau Daftar untuk memberi komen.