Pendapat tentang Grammar Nazi / Taliban Tatabahasa?

telah mengedit October 2016 dalam Umum

Baru-baru ini, ramai yang membantah tabiat baru dalam penggunaan bahasa Melayu, samada slanga atau kata pinjaman, atau kesalahan tatabahasa yang sengaja. Fikir tentang keputusan kontroversial DBP untuk memasukkan perkataan bahasa orang asli ke dalam Kamus Dewan ("kudapan", dll).

Adakah sifat Grammar Nazi/Taliban Tatabahasa ni memperjuangkan "kesucian" bahasa Melayu? Atau adakah ia menghalangkan proses memajukan bahasa?

Komen

  • Kita kem #antiGrammarNazi. Boleh buat hashtag?? Haha....

    Iya lah, kebetulan tatabahasa tu penting... Tapi mu perlu sangat ke nak terhegeh hegeh mau memaki hamun orang lain, sebb penggunaan kita kami salah? Apa 'salah' sebenarnya? Bukan bahasa sentiasa berubah ke? Tak silap gua, cara menyebut 'nasik' pun salah, mana adok bunyi 'ik' kat blakang tu... Patutnya 'na-si'.... Mu mau kecoh gelabah biawak pasal tu jugak? Dok soh lahh.

    Tambahan lagi, bila leka dengan mematuhi 'peraturan' bahasa, apa nak jadi dengan dialek? Loghat? Bahasa kita kaya, beraneka.... buat apa mau menghadkan perubahan dan kepelbagaian. semata-mata mau tunduk patuh kepada peraturan sejenis bahasa Melayu yg dianggap piawai. Aku dah muak dengan grammar nazi bersepahan di internetjaya!

  • Bagi saya, ianya lebih kepada sikap penegur itu yang bermasalah. Sebab itu dipanggil Nazi/Taliban, sebab perangai menegur/memerli yang tak menjaga perasaan orang lain. Kalau menegur dengan sopan dan berhemah pasti tiada masalah.

Log masuk atau Daftar untuk memberi komen.