Apa perkataan kegemaran anda dalam loghat anda?

Kita selalu membincangkan konsep 'bahasa Melayu' di laman web ini. Tetapi pada yang sebenarnya, jarang kita jumpai individu yang bertutur mengikut peraturan bahasa Melayu rasmi dalam kehidupan hariannya. Samada menggunakan slanga, bahasa rojak, ataupun loghat tempatan, kebiasaannya adalah bahawa penutur bahasa Melayu sama sekali tidak berbual menggunakan bahasa yang selalu digunakan dalam lagu dan novel.

Jadi marilah kita mengambil masa untuk menyambut keindahan loghat masing-masing.

Loghat anda loghat negeri mana? Apakah perkataan atau frasa kegemaran anda dari loghat tersebut?

Contohnya, saya berasal dari Negeri Sembilan; loghat nogori lah nama dialek tempatan. Seluruh Malaysia kenali "hobin, jang, hobin" oleh kerana peminat bola sepak. Tapi siapa pula tahu frasa yang lebih kerap disebut dalam perbualan biasa?


"Apo ghoman eh ni?" - "Apa tengah jadi ni?"


Sambil menulis komen anda, sila ingati peraturan forum kita!

Log masuk atau Daftar untuk memberi komen.