Apabila tersilap cakap ... [kesalahan bahasa]

Ada kenangan yang tak begitu bahagia tentang kesilapan bahasa yang pernah kamu lakukan? Kongsikanlah dengan kami.

Contoh kesilapan bahasa:

  • ejaan,
  • salah perkataan,
  • tatabahasa yang menimbulkan kekeliruan,
  • tersahsul,
  • dan sebagainya.

Contoh yang lebih spesifik: "air kepala muda", "kapak ayam"

Sila ingati peraturan forum kita semasa menulis balasan anda, tapi jangan malu untuk menggunakan loghat/slanga di ruang ini! Kamu diingatkan supaya mengekalkan nada perbincangan yang mesra.

Comments

  • Bukan saya punya kesilapan, tapi dalam kelas agama Islam pada waktu sekolah dahulu, ada seorang pelajar perempuan yang tak begitu lancar pembacaan Jawinya. Dia diminta membacakan satu perenggan kepada seluruh kelas. Bila tiba di perkataan "lewat" dia pergi sebut "liwat" pulak... aduhai.. :D Retak senyuman ustaz.. Pelajar perempuan tu pulak tak tahu apa dia maksud liwat apabila satu kelas dah huha huha. Terpinga-pinga. Ta kpe la, innocent kan.. Sampai hari ini agaknya bacaan Jawinya tak bagus, terasa kasihan bila fikirkan. Mungkin disleksia. Minta maaf ye, saya berikan jawapan yang sedikit "R-rated", Tak ingat kejadian yang lain. :D

  • Pelajar perempuan tu pulak tak tahu apa dia maksud liwat apabila satu kelas dah huha huha.

    Tingkatan brapa masa tu? Kalau satu kelas dah tahu, patutnya dia pun tahu la kan. Sengaja buat ni.... Kelas bosan kut.

    Saya tak tahulah ni dikira atau tak tapi bila tonton berita beberapa minggu lepas, ternampak ratu segala ketidaksesuaian bahasa....... "Pertandingan Menembak Ketua Polis Negara". Mak oiiiiii

Sign In or Register to comment.